Yayayee Specials

Promosi Eksklusif: Beli & Menang Sebuah Motorsikal

Sempena dengan pembukaan cawangan terbaru kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 8 Ogos yang lalu, Yayayee Gadget & Repair melancarkan kempen beli dan menang!. Hadiah berupa sebuah motorsikal scooter, MODA Moca 110 – sebuah motorsikal yang amat diminati golongan remaja khususnya.

Butiran Kempen

  • Tempoh Promosi: 8 Ogos – 30 September 2026.
  • Hadiah: Motorsikal scooter, MODA Moca 110
  • Syarat Kelayakan: Belanja minima RM100 dalam satu resit di cawangan Yayayee Gadget & Repair, Bandar Tasik Puteri, Rawang.
  • Keahlian: Terbuka eksklusif untuk ahli berdaftar Yayayee Gadget.
  • Followers kepada akaun Tiktok Yayayee, dan Puteri Yayayee.

Mekanisme Kemenangan

Calon pemenang akan dipilih dan diumumkan secara langsung melalui siaran Live di TikTok Rasmi Yayayee.

PENTING: Kemenangan hanya akan dimuktamadkan sekiranya calon pemenang berjaya menyebut Kata Kunci Khas yang akan dikongsikan semasa siaran Live tersebut berlangsung. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan kami di TikTok agar tidak terlepas peluang keemasan ini!