
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Dengan izin-Nya, majlis grand opening Yayayee Gadget & Repair Bandar Tasik Puteri, Rawang yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Bandar Tasik Puteri dan kawasan sekitar Rawang yang hadir serta memberikan sokongan yang amat menggalakkan kepada pembukaan cawangan terbaru Yayayee Gadget & Repair ini.
Promosi Repair Phone Serendah RM99
Sempena pembukaan cawangan baru ini, Yayayee Gadget & Repair telah mengadakan kempen pembaikan phone serendah RM99 selama tiga hari, bermula dari 8 hingga 10 Ogos 2026.

Promosi ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat. Ramai pelanggan mengambil kesempatan untuk mendapatkan servis repair phone di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada harga istimewa sepanjang tempoh promosi.

Bagi Yayayee, sambutan ini merupakan satu petanda positif dan menjadi motivasi kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan pembaikan telefon yang berkualiti kepada pelanggan.
Power Bank dan Earbuds Serendah RM1

Selain promosi repair phone, antara tarikan utama pada hari pembukaan ialah promosi power bank dan earbuds serendah RM1.
Tawaran istimewa ini sememangnya menjadi rebutan pengunjung yang hadir. Dengan pelbagai pilihan aksesori telefon, gadget dan barangan elektronik, pelanggan boleh mendapatkan keperluan mereka di Yayayee Gadget & Repair pada harga yang menarik.
Beli & Menang Sebuah Motorsikal

Bersempena pembukaan cawangan baru Yayayee Gadget & Repair Bandar Tasik Puteri, Yayayee turut menyediakan satu lagi promosi menarik bermula dari hari pembukaan, sehingga akhir september 2026!.
Seorang pemenang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah motosikal melalui peraduan Beli & Menang Yayayee.
Pelanggan yang membuat pembelian minimum RM100 dan mendaftar sebagai ahli Yayayee layak untuk menyertai peraduan ini. Jadi, selain mendapatkan barangan dan aksesori yang diperlukan, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah utama yang menarik.
Kedai Gadget dan Repair Phone di Bandar Tasik Puteri, Rawang
Bagi penduduk setempat yang mencari kedai gadget di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Yayayee Gadget & Repair menyediakan pelbagai pilihan aksesori telefon dan gadget terkini.
Antara produk yang ditawarkan termasuk aksesori telefon, power bank, earbuds, pengecas, kabel dan pelbagai lagi keperluan gadget harian.
Selain menjual aksesori dan gadget, Yayayee Gadget & Repair turut menawarkan servis pembaikan telefon untuk membantu pelanggan yang menghadapi masalah dengan telefon mereka.

Dengan pembukaan cawangan di Bandar Tasik Puteri, pelanggan di sekitar Rawang kini mempunyai satu lagi pilihan untuk mendapatkan aksesori telefon, gadget dan servis repair phone dengan mudah.
Yayayee Gadget & Repair Kini Mempunyai Beberapa Cawangan
Cawangan Bandar Tasik Puteri merupakan sebahagian daripada perkembangan Yayayee Gadget & Repair. Selain di Rawang, Yayayee turut mempunyai cawangan di:
- Meru, Klang
- Teluk Pulai, Klang
- Eco Grandeur, Puncak Alam
- Bandar Tasik Puteri, Rawang
Perkembangan ini merupakan hasil sokongan pelanggan yang terus memberikan kepercayaan kepada Yayayee Gadget & Repair.
Terima Kasih Atas Sokongan Anda
Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis grand opening Yayayee Gadget & Repair Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Terima kasih khususnya kepada semua pelanggan, penduduk setempat, keluarga, rakan-rakan dan seluruh warga Yayayee yang hadir serta memberikan sokongan kepada kami.
Insya-Allah, Yayayee Gadget & Repair akan terus berusaha memberikan produk gadget berkualiti, aksesori telefon terkini dan servis pembaikan phone yang dipercayai kepada pelanggan.
Terima kasih kerana terus menyokong Yayayee Gadget & Repair.
Yayayee kan ada!

Leave a Reply