1 Mei 2026, Meru – Alhamdulillah, atas izin-Nya, kami berpeluang sekali lagi untuk turun padang dan berkongsi sedikit rezeki bersama komuniti Meru yang memerlukan. Program kali ini membawa makna yang cukup istimewa buat kami semua di YAYAYEE.


Melangkah Lebih Jauh untuk Komuniti
Jika kebiasaannya program mingguan kami menyasarkan bantuan kepada 100 hingga 200 keluarga, kali ini kami mencabar diri untuk menggandakan impak tersebut kepada 500 keluarga. Setiap keluarga disediakan bantuan sepapan telur ayam bersama barangan keperluan kering.


Meskipun seramai 300 lebih keluarga yang hadir pada hari tersebut, kami tetap menyifatkan program ini sebagai satu kejayaan yang besar. Bagi baki bekalan yang ada, kami akan teruskan misi pengedaran ini di cawangan baharu kami yang bakal beroperasi di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Mereka


Kami sedar bahawa bantuan ini mungkin nampak kecil di mata sesetengah pihak, namun bagi mereka yang benar-benar memerlukan, ia adalah satu kelegaan yang amat bermakna. Melihat senyuman dan mendengar ucapan terima kasih daripada penduduk setempat menjadi pembakar semangat untuk kami terus berbakti.


“Bantuan mungkin sekadar sepapan telur, tetapi ukhuwah yang terbina adalah segalanya.”


Terima Kasih Penyelamat Rezeki Kami
Kejayaan program kemasyarakatan (CSR) ini tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada anda semua—pelanggan setia kami. Setiap urusan yang anda lakukan bersama kami secara tidak langsung menyumbang kepada dana bantuan ini. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan YAYAYEE.


Mengenai YAYAYEE


Kami adalah pusat sehenti anda untuk pelbagai aksesori telefon pintar, gajet terkini, dan perkhidmatan pembaikan telefon bimbit (technical repair) yang profesional pada harga yang sangat berpatutan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *