27 Februari | Jumaat


Alhamdulillah, pada hari ini kami diberikan kesempatan untuk berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat melalui aktiviti Moreh Ramadhan, satu tradisi yang sinonim pada malam-malam di bulan Ramadhan.

Ramai yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil berborak santai sesama mereka dan menikmati juadah yang kami sediakan.


Melihat suasana seperti ini, timbul rasa syukur di dalam hati kami. Sesungguhnya Ramadhan mendidik kita bahawa rezeki yang Allah kurniakan akan menjadi lebih bermakna apabila dikongsi bersama.


Hakikatnya, nilai sebuah program seperti ini bukanlah terletak pada hidangan seperti soto, mee goreng, mee kari, bubur, teh tarik, dan pelbagai juadah lain. Nilai sebenar adalah pada momen kebersamaan bersama keluarga dan kejiranan, yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.


Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta terus menyokong perniagaan kami.


Yayayee menawarkan pelbagai aksesori telefon dan gadget elektronik berkualiti. Kami juga menyediakan perkhidmatan baiki telefon (repair phone) untuk pelbagai masalah seperti penukaran battery, LCD, charging port, motherboard, dan pelbagai lagi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *