13 Februari 2026 – Alhamdulillah, sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Teluk Pulai dalam program pengisian petrol secara percuma anjuran Yayayee Gadget benar-benar memberi makna kepada kami.


Seramai lebih 130 penyokong Yayayee Gadget telah menerima manfaat daripada inisiatif ini. Pada asalnya, perancangan kami adalah untuk memperuntukkan petrol percuma kepada 100 buah motosikal sahaja. Namun melihat kehadiran dan sokongan yang luar biasa, jumlah tersebut telah ditambah kepada 131 buah motosikal agar lebih ramai penduduk dapat menikmati manfaatnya.


Program ini merupakan antara usaha kami untuk mengembalikan sebahagian keuntungan kepada pelanggan-pelanggan setia serta bakal pelanggan yang terus menyokong perniagaan Yayayee Gadget. Sokongan komuniti setempat menjadi tulang belakang kepada perkembangan perniagaan kami, dan inisiatif seperti ini adalah tanda penghargaan daripada pihak kami.


Sebelum ini, beberapa usaha sama dan program komuniti telah dijalankan di sekitar Meru dan Puncak Alam. Namun, ini adalah kali pertama inisiatif petrol percuma dilaksanakan di Teluk Pulai, Klang — dan insyaAllah bukan yang terakhir.


Yayayee Gadget menawarkan pelbagai aksesori telefon dan gadget terkini, selain menyediakan khidmat pembaikan telefon seperti tukar skrin, tukar bateri, baiki masalah software dan lain-lain. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang pantas, harga berpatutan dan layanan mesra pelanggan.


Kini, Yayayee Gadget mempunyai cawangan di Meru, Puncak Alam, Teluk Pulai dan Gua Musang. Kepada warga sekitar yang mencari kedai aksesori telefon atau servis repair phone yang dipercayai, kami sentiasa bersedia untuk membantu.


Terima kasih Teluk Pulai atas sokongan padu anda. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada komuniti ❤️


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *