Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Yayayee Gadget diberi peluang untuk menyumbang sebahagian rezeki melalui pemasangan signboard bagi Masjid Bukit Kapar 2 dan Surau Darul Islam (Meru).

Usaha kecil ini adalah hasil daripada sokongan berterusan para pelanggan yang sentiasa mempercayai Yayayee Gadget sebagai pilihan untuk mendapatkan aksesori telefon, gadget, dan perkhidmatan repair phone.


Setiap pembelian dan sokongan yang diberikan bukan sahaja membantu perniagaan kami terus berkembang, malah menjadi asbab untuk kami berkongsi kembali rezeki dengan komuniti setempat. InsyaAllah, semoga usaha ini dinilai sebagai amal yang berpanjangan, bukan sahaja buat kami tetapi juga buat semua pelanggan yang menyokong Yayayee Gadget selama ini.


Buat masa ini, Yayayee Gadget mempunyai empat cawangan, iaitu di Meru, Eco Grandeur (Puncak Alam), Teluk Pulai (Klang) dan Gua Musang (Kelantan). Di setiap cawangan, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai aksesori phone dan gadget terkini pada harga yang berpatutan. Selain itu, kami juga menyediakan khidmat pembaikan telefon di cawangan Meru, merangkumi pelbagai masalah seperti skrin pecah, bateri rosak dan isu perisian.


Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kerana ia menjadi kekuatan utama Yayayee Gadget untuk terus memberi nilai, bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga kepada masyarakat sekeliling.


Akhir kata, kami di Yayayee Gadget ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dan rezeki yang melimpah buat kita semua.


2 responses to “Signboard Baru untuk Masjid & Surau di Meru, Hasil Sokongan Pelanggan Yayayee Gadget”

  1. siti nam Avatar
    siti nam

    alhamdullilah, semoga dapat manfaat dan dimurahkan rezeki Yayayee. Selamat beramal.

  2. Dan Avatar
    Dan

    Hebat lah kedai ni buat charity merata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *