
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.
Hari ini, 30 Jan 2026, pasukan kami di Yayayee Gadget telah menjalankan satu program amal kecil sebagai tanda penghargaan kepada komuniti setempat. Kami berpeluang berkongsi rezeki dengan mengagihkan pengisian petrol percuma kepada 100 buah motosikal di stesen minyak berdekatan.
Menghargai Sokongan Komuniti Meru Selama 10 Tahun
Sejak hampir sedekad yang lalu, kami telah bertapak di sini sebagai salah satu kedai aksesori phone dan gajet di Meru, Klang. Perjalanan kami bermula daripada sebuah kedai kecil sehinggalah menjadi destinasi pilihan untuk:
-Servis pembaikan phone (repair) yang pantas dan dipercayai.
-Bekalan aksesori telefon pintar berkualiti.
-Pilihan gajet terbaru untuk keperluan harian anda.
Kami berasa amat terharu. Kuatnya jenama kami hari ini bukanlah kerana hebatnya kami, tetapi kerana dokongan padu daripada komuniti setempat.
Komitmen Kami: Lebih Daripada Sekadar Kedai Gadget
Kami mahu perniagaan ini bukan sahaja dikenali kerana servis teknikal, tetapi juga kerana nilai kekeluargaan yang kami bawa. Matlamat kami adalah untuk terus istiqamah dalam melakukan aktiviti kebajikan seperti ini pada masa akan datang.
Setiap peranti yang anda hantar untuk dibaiki dan setiap aksesori yang anda beli, secara tidak langsung membantu kami untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat.
Doakan Kejayaan Kami
Mohon doakan agar perniagaan kami terus maju supaya lebih banyak inisiatif murni dapat kami laksanakan. Kami berharap agar kehadiran kami terus memberi manfaat dan sentiasa “dekat di hati” komuniti di sekeliling kami.
Terima kasih Meru! Kerana anda, kami terus berdiri teguh.

Leave a Reply