26 September 2026
Alhamdulillah, sejak memulakan operasi di cawangan bongsu kami di Bandar Tasik Puteri (BTP) hampir dua bulan yang lalu, kami menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti BTP u kawasan sekitarnya.

Selain daripada servis pembaikan telefon, penjualan gadget dan aksesori telefon, sambutan terhadap koleksi squishy kami juga amat memberangsangkan.
Hari ini, kami berbesar hati dengan kesudian seorang insan yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Abiejam, yang sudi menaja aktiviti pemberian 1,000 squishy secara percuma kepada anak-anak di BTP.
Sambutan daripada ibu bapa juga amat baik. Ramai yang sudi meluangkan masa untuk membawa anak-anak mereka hadir bagi mendapatkan squishy pilihan masing-masing. Kehadiran mereka menjadikan aktiviti ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan menggembirakan.
Pada hari berkenaan, 20 orang terawal diberikan peluang untuk mengambil sebanyak mana squishy yang mereka mampu bawa pulang daripada Abiejam.

Bagi kami, setiap senyuman yang terukir di wajah anak-anak selepas menerima squishy mereka adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Semoga sedikit keceriaan yang dikongsikan pada hari ini dapat menjadi satu kenangan manis buat anak-anak di BTP.

Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada Abiejam atas kesudian menaja aktiviti ini. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan memeriahkan program ini bersama anak-anak.
Alhamdulillah, kecil bagi kita, besar maknanya buat mereka.

Leave a Reply