Yayayee Fiesta 2.0 Tawarkan Aksesori Phone & Gadget Harga Lebih Murah
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pelanggan dan pengunjung yang telah menjayakan Yayayee Fiesta 2.0 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Disember 2025 dan diteruskan sehingga 29 Disember 2025 berikutan sambutan yang sangat menggalakkan. Yayayee Gadget telah menawarkan pelbagai produk aksesori phone, gadget serta servis pembaikan phone sejak lebih 10 tahun yang lalu. Bermula sebagai peniaga kecil di kaki lima, Yayayee kini telah berkembang dan mempunyai empat cawangan iaitu di Meru, Teluk Pulai, Puncak Alam (Selangor) serta Gua Musang (Kelantan). Kejayaan dan perkembangan Yayayee Gadget hari ini adalah hasil daripada sokongan dan kepercayaan pelanggan yang sentiasa memilih kami sebagai kedai aksesori phone dan servis baiki phone pilihan mereka.
Yayayee Fiesta merupakan salah satu inisiatif kami bagi menawarkan aksesori phone dan gadget pada harga yang lebih rendah daripada harga biasa. Sepanjang fiesta ini, kami memfokuskan kepada jualan berasaskan volume, yang membolehkan kami menjual produk pada margin yang lebih rendah. Hasil daripada strategi ini, banyak barangan yang ditawarkan semasa Yayayee Fiesta mempunyai harga yang lebih murah berbanding harga di kedai online, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga yang lebih jimat.
Selain menjual aksesori phone dan gadget, Yayayee Gadget juga menyediakan servis pembaikan phone untuk pelbagai jenama dan model dengan tenaga kerja yang berpengalaman. Kami turut menawarkan rangkaian minyak wangi eksklusif yang dikenali sebagai Yayayee Secret. Produk minyak wangi Yayayee Secret yang telah lama berada di pasaran ini menerima sambutan serta maklum balas positif daripada pengguna kerana kualiti dan bauan yang menarik. Kami amat menghargai sokongan semua pelanggan dan akan terus komited untuk menyediakan produk berkualiti, harga berpatutan dan servis terbaik untuk kepuasan pelanggan di seluruh Malaysia.

